Wednesday, 27 November 2013

10 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM SUKAN



Direka untuk menang.Merupakan penerokaan bahan-bahan, teknologi dan proses reka bentukperalatan khusus yang berpotensi meningkatkan prestasi pecutan. Penyiasatan saintifik telah menunjukkan bahawa penalaan sifat mekanikal kasut pecut kepada kebolehan fizikalatlet.Boleh meningkatkan prestasi sehingga 3.5%, kerana peningkatan sebanyak 0.7% sudahboleh membuat perbezaan yang signifikan dalam  pecutan.




   Sebuah mesin senaman untuk berjalan atau berlari setempat.perkataan treadmill merujuk kepada sebuah kilang yang telah ditubuhkan oleh seseorang yang mendapat langkah atau idea daripada sebuah mesin pengisar bijian. Mesin ini menyediakan satu landasan untuk bergerak dengan adanya satu tali pengangkut dan satu motor atau enjin elektrik. Tali tersebut bergerak menyebabkan seseorang itu boleh berjalan atau berlari di atas treadmill tersebut. Ia sesuai digunakan dalam menjalani kekuatan otot kaki.





gambar ini menunjukkan bagaimana satu robot prototaip mengangkat pesakit atau orang kurang upaya (OKU) daripada katil di hospital atau membantu mereka berjalan. Firma berkenaan merancang untuk memasarkan  produk itu sebagai ‘alat membantu berjalan’ selepas 2013.Profesor yang pakar dalam rawatan pemulihan, Eiichi Saitoh telah menunjukkan cara alat itu berfungsi dengan mengikat tali metalik pada kaki kanannya yang lumpuh akibat polio. Dia juga menunjukkan kepada wartawan di kilang Toyota di Tokyo bagaimana tali itu boleh membengkokkan lutut apabila dikehendaki serta membolehkan dia berjalan dengan lebih normal dan bangun daripada kerusi lebih mudah berbanding menggunakan alat bantuan berjalan sedia ada.Katanya lagi, dia mencuba alat yang dihasilkan itu dengan pesakit lain dan yakin dapat membantu pulih lebih cepat daripada serangan angin ahmar dan penyakit yang menghalang pergerakan.




Ini gizmo comel sedikit (dalam gambar di atas) telah diwujudkan bagi mereka yang hanya mahu untuk mengira langkah-langkah, menjejaki kalori yang mereka telah dibakar dan mengambil melihat dengan lebih dekat pada data harian mereka melalui papan pemuka dalam talian komprehensif syarikat dengan perkongsian dan permainan ciri-ciri. Ia adalah sedikit lebih kecil daripada Ultra Fitbit tetapi yang lebih luas dan lebih seperti alat pengukur langkah tradisional. Ia peluh dan kalis air dan cangkuk terus ke pakaian anda. Dari apa yang kita boleh memberitahu ia mungkin satu bentuk yang lebih baik daripada Ultra Fitbit dan lebih praktikal juga. Pecutan akan memaparkan langkah-langkah yang anda telah diambil, jarak yang diliputi dan kalori dibakar (berdasarkan statistik peribadi anda) sepanjang hari dan ia begitu mudah untuk digunakan, hanya ketuk skrin untuk mengubah data pada paparan.Ia datang dengan USB dongle, tetapi data anda boleh segerakkan tanpa wayar ke iPhone anda melalui Bluetooth 4.0 dan ia berjalan semata-mata di luar menonton bateri terlalu (yang terakhir kira-kira 4 hingga 6 bulan sebelum mereka perlu diganti), jadi ia menghilangkan keperluan bagi kabel yang rumit dan banyak mengenakan jika anda lebih suka tidak kucar-kacir di sekeliling.


                           

Apabila Rollerblade pertama kali dicipta, rata-rata pengguna roller skate menganggap ia tidak berapa selamat dan merbahaya. Kini, pengguna rollerblade pula mungkin akan menganggap evolusi terbaru ciptaan ini yang diberi nama Chariot skate pula berbahaya.Bagi yang pertama kali melihat chariot skate ini, mungkin akan menganggap ia tidak lebih sebagai rollerblade yang menggunakan tayar bersaiz basikal dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan luar biasa. Ternyata anda silap. Kelebihan Chariot skate ini ialah ia mampu mencapai tahap momentum yang tinggi dan lebih kestabilan dalam mengawal kelajuan. Jika menggunakan rollerblade yang biasa, anda perlu lebih tenaga dalam "menghayunkan" tubuh untuk menghasilkan kelajuan kerana rodanya yang kecil'Chariot skate juga boleh diluncurkan pada permukaan yang tidak rata dan diatas rumput, sama seperti yang dapat dilakukan jika menunggang basikal yang mana memang mustahil untuk dilakukan jika menggunakan rollerblade.
Ya.. Chariot skate ialah sebuah basikal tanpa tempat duduk dan tidak boleh membawa pembonceng.Untuk memberhentikan chariot skate ini, pengguna boleh menggunakan kaedah yang sama digunakan oleh roller blade. Pengguna juga boleh menggunakan tangan jika mereka memakai sarung tangan.
Sebagai tambahan, roda kecil pada bahagian belakang telah ditambah untuk memberikan lebih kestabilan. Menurut perekanya, pengguna akan menikmati pengalaman seperti meluncur ski ais dan bukannya seperti "feel" meluncur menggunakan roller blade atau roller skate.


                                            


alat ini adalah produk yang dapat menarik minat kepada sesiapa yang mengemari aktiviti lasak. basikal ini juga boleh menjadi beg galas dan berfungsi sebagai basikal. ia adalah dua dalam satu. ia amat memudahkan kepada orang yang berbasikal untuk membawa basikal apabila mendaki gunung atau bukit



                                 

Menggunakan pengadil tambahan yang memantau permainan pada skrin. Dan selepas membuat keputusan melalui bluetooth setelah menilai permainan melalui skrin digital.
"Pengadil Mata Ketiga". Oleh itu,sebagai contoh, apabila seseorang pemain berada dalam keadaan offsaid, pengadil video digital akan memberi cahaya merah kepada ketua pengadil untuk beliau membuat keputusan yang objektif. "Pengadil Mata Ketiga" - keputusan yang terbaik.


                                    


 Helmet football yang direka khas menggunakan bahan yang lebih ringan tetapi kuat.Dengan adanya teknologi ini.Pemain dapat meningkatkan mutu permainan dan keselamatan mereka.



                         


Aplikasi yang dipilih akan menentu ukur tahap stamina dan kecekapan seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah berbeza di atas panel heksagon. Antara keistimewaan alat ini adalah :-

  ianya dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan. Selain itu, ciptaannya juga adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut. Ia juga bertindak sebagai alat latihan sampingan sekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti biasa

Cara penggunaan alat tersebut pula adalah :-

        pertamanya, pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan. Kemudian, pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan. Justeru, bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu.


                               

Alat bantuan kardiovaskular ini membantu individu melakukan latihan kekuatan kardiovaskular hanya di dalam rumah.dengan adanya alat ini.individu tidak perlu ke gim untuk melakukan latihan

5 comments:

  1. gambar-gambar yang dipilih amat sesuai dengan tajuk..pilihan alatan teknologi adalah terkini dan sesuai digunakan pada masa kini..maklumat yang ringkas tetapi padat..penyusunan maklumat teratur..Tahniah!!

    ReplyDelete
  2. Saya rasa kalau setiap gambar teknologi sukan letak nama dia lebih senang untuk orang cari jika berminat terhadap peralatan tersebut. Sekian.

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang menarik dan terkini di dalam bidang sukan, tetapi lebih baik jika nama-nama alatan tersebut ditonjolkan dengan jelas supaya memudahkan proses seseorang yang berminat terhadap peralatan tersebut untuk mengetahui dengan lebih terperinci melalui pencarian maklumat di tempat lain.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang jelas dan padat. syabas mardiana

    ReplyDelete